Company Profile
Our HQSoekre Consulting menyediakan perkhidmatan bantuan teknikal, latihan dan pengurusan bagi mempertingkatkan pembangunan sosial dan ekonomi untuk kehidupan yang lebih baik. Kami terlibat dalam semua peringkat perlaksanaan projek termasuk kitaran teknikal, mengenalpasti keperluan, rekabentuk, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian.
Program Pembangunan Usahawan Sosial (Social Entrepreneurship) yang dianjurkan oleh kami bukan saja telah memberi peluang kepada usahawan kecil dan sambilan mendapat peluang-peluang baru tetapi juga memberi nilai-nilai yang baik kepada pelanggan mereka melalui produk dan perkhidmatan mereka. Dengan kaedah yang praktikal dan inovatif kami menjadi pendorong kepada usahawan untuk mencuba dan menempuh apa yang tidak berani sebelum ini. Dengan menggunakan kemudahan ICT kami akan melatih mereka menguasai pasaran seterusnya meneroka bidang-bidang baru yang boleh memberi kesan yang langsung kepada nilai-nilai yang murni dalam bidang keusahawanan.