Company Profile
Our HQSoekre Consulting menyediakan perkhidmatan bantuan teknikal, latihan dan pengurusan bagi mempertingkatkan pembangunan sosial dan ekonomi untuk kehidupan yang lebih baik. Kami terlibat dalam semua peringkat perlaksanaan projek termasuk kitaran teknikal, mengenalpasti keperluan, rekabentuk, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian.
Program Pembangunan Usahawan Sosial (Social Entrepreneurship) yang dianjurkan oleh kami bukan saja telah memberi peluang kepada usahawan kecil dan sambilan mendapat peluang-peluang baru tetapi juga memberi nilai-nilai yang baik kepada pelanggan mereka melalui produk dan perkhidmatan mereka. Dengan kaedah yang praktikal dan inovatif kami menjadi pendorong kepada usahawan untuk mencuba dan menempuh apa yang tidak berani sebelum ini. Dengan menggunakan kemudahan ICT kami akan melatih mereka menguasai pasaran seterusnya meneroka bidang-bidang baru yang boleh memberi kesan yang langsung kepada nilai-nilai yang murni dalam bidang keusahawanan.

 
Perkhidmatan
Sample Image

Fokus utama kami sekarang ialah untuk mengujudkan lebih banyak peluang bagi mendapat pendapatan tambahan hanya dengan bekerja dari rumah. Golongan sasaran kami ialah wanita yang tidak bekerja dan ingin mendapat pendapatan tambahan dan juga golongan OKU yang tidak berdaya untuk keluar bekerja.

Peluang perniagaan dari rumah yang kami sediakan adalah dari jenis perniagaan sebenarnya dan mampu dilakukan oleh semua orang. Kami menyediakan siri kursus dan latihan yang mudah difahami dan mampu dihadiri oleh semua orang. Kami ada menyediakan lebih dari 20 peluang bagi menjana pendapatan dari rumah khusus untuk mereka yang ingin menambah pendapatan isi rumah.


 

SERTAI KURSUS-KURSUS KAMI DALAM BIDANG BISNES MIKRO

Sample Image

Kerja Dari Rumah - Peluang dan Cabaran

Kursus ini akan mendedahkan peluang untuk wanita-wanita berkerja dari rumah. Peluang-peluang yang sedia wujud dan juga peluang-peluang baru akan didedahkan kepada anda. Kami pastikan anda tidak akan pulang dengan tangan kosong selepas menghadiri kursus ini.

Jika anda seorang wanita dan suri rumah sepenuh masa jangan lepaskan peluang ini. Ada banyak peluang menanti anda disini. Daftar segera di Portal Kerja Dari Rumah

 

Penyediaan Penghantaran Makanan Mengikut Prinsip Islam

Kursus ini mendedahkan anda kepada satu peluang untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan. Dengan menyertai kursus ini anda layak untuk menjadi pembekal kepada Program Food Express yang menyediakan perkhidmatannya diseluruh Malaysia.

 

 

jagababyBondaMama

Menjaga bayi jiran anda kini tidak lagi menjadi kerja kebajikan. Ia boleh membantu anda memperolehi pendapatan tambahan kepada keluarga anda. Dengan menyertai kursus yang kami anjurkan anda layak untuk menyertai Program BondaMama yang kami anjurkan. Daftar sekarang di www.bondamama.com

 

 

snetwork

Bengkel membentuk jaringan sosial melalui internet

Social Networking, atau Jaringan sosial adalah struktur sosial yang membentuk hubungan (baik secara umum individu atau organisasi) yang saling terikat satu atau lebih baik yang bersifat saling bergantung, seperti nilai, pandangan, gagasan, keuangan bertukaran, teman, kekerabatan, ketidaksukaan, konflik dan langganan.Ikuti bengkel satu hari bagaimana anda boleh mengujudkan jaringan sosial anda sendiri dalam tempoh yang singkat dengan menggunakan internet.

 

 

DAFTAR SEKARANG

+ HOTLINE : 1-700-800-020
+ HUBUNGI KAMI SEKARANG
Jangan bertangguh lagi. Peluang begini tidak selalunya datang.
Setiap kursus / seminar / bengkel dihadkan kepada 50 orang peserta sahaja. Sila hubungi kami sekarang untuk mengetahui tarikh dan yuran.

Testimonials

"Saya telah menghadiri kursus ini pada bulan lepas. Kini saya telah pun memiliki kedai online saya sendiri. Sekarang semuanya saya lakukan secara online kecuali mengambil anak-anak dari sekolah menziarahi mertua"

Nor Nadia - Batu Pahat, Johor